Sejarah DUN
Sultan Negeri Terengganu merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah Perlembagaan Negeri, kuasa perundangan adalah dibawah Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

PERANAN DAN KEAHLIAN
Secara umumnya peranan Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal perundangan dan dasar negeri. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil Enakmen. Berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, DUN mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Peranan DUN yang seterusnya adalah memantau institusi pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri. Ahli-ahli DUN bertanggungjawab untuk mengkritik atau menegur tindakan institusi kerajaan bagi memastikan jabatan atau agensi negeri tersebut melaksanakan fungsinya berdasarkan dasar yang telah ditetapkan. Seterusnya, DUN juga berperanan sebagai pengantara dalam penyampaian suara rakyat kepada kerajaan.
Di Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Sultan akan memanggil persidangan dari semasa ke semasa dan dalam masa yang sama merasmikan persidangan tersebut bagi setiap penggal. Sebelum dibenarkan menyertai persidangan DUN, setiap ahli dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai Ahli DUN sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.

PAKAIAN RASMI YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN BENTARA DEWAN
YANG DIPERTUA DEWAN:
Jubah berwarna hitam
diperbuat daripada songket dan di bahagian hadapan disulam dengan benang bunga emas yang berbentuk mayam nyiur dan begitu juga di bahagian kaki jubah.
Lounge Suit
Songkok -Baldu warna hitam.
Songkok hendaklah dililit dengan 3 line diperbuat daripada bunga emas dengan bercorak mayam nyiur.
Di bahagian hadapan sebelah kiri songkok diletakkan dengan lambang negeri yang mana lambang ini seperti yang digunakan untuk songkok uniform negeri (putih).
PAKAIAN SETIAUSAHA DEWAN:
Jubah-sama seperti jubah Yang Dipertua Dewan, kecuali saiz sulaman bunga emas (mayam nyiur) lebih kecil.
Pakaian Dalam -sama seperti Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.
Songkok -sama seperti Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri kecuali line bunga emas hanya 2 line sahaja.
BENTARA DEWAN:
Baju Melayu warna hitam dan bersamping warna hitam bunga emas mayam nyiur.
Songkok-sama seperti Yang Dipertua dan Setiausaha Dewan Undangan kecuali line bunga emas hanya satu sahaja.
Tetampan:
Tetampan warna hitam di bahagian tepi kiri dan kanan dan disulam dangan bunga emas (mayam nyiur). Dua buah lambing negeri iaitu satu di bahagian hadapan dan satu lagi di hujung belakang daripada bunga emas.
Tetampan diletak di atas bahu sebelah kanan di mana tempat ditanggung cokmar.
Diluluskan oleh:
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
pada 29 Januari 1986.
COKMAR

Cokmar Dewan Undangan Negeri Terengganu ini dikurniakan oleh Al-Marhum DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kepada Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10hb Februari 1986 bagi kegunaan Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Cokmar adalah melambangkan kekuasaan Raja dan juga kuasa Dewan Undangan Negeri.
Cokmar juga merupakan ‘warrant’ bagi Bentara untuk melaksanakan kekuasaan bagi menjalankan apa-apa arahan yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri menurut Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri.
Cokmar Dewan Undangan Negeri Terengganu ini diperbuat daripada perak tulen dan di bahagian-bahagian tertentu ianya disadur dengan emas. Panjang Cokmar adalah 146cm dan bahagian yang terbesar mempunyai lilitan 60cm.
Bentuk Cokmar ini terbahagi kepada enam (6) bahagian:
Bahagian Pertama –
Di bahagian atas sekali terdapat perkataan “ALLAH” dilingkungi dengan bulatan berwarna emas. Ini melambangkan keagamaan dan keimanan kepada Allah. Diikuti di bahagian bawahnya pula berbentuk piring yang terdapat ayat “wa-am syuura bainahum“ yang bermaksud: “Dan urusan mereka dijalankan dengan secara bermesyuarat antara mereka.” Dan di bawahnya pula yang berbentuk kubah terdapat satu lambang Duli Yang Maha Mulia Sultan berwarna emas yang melambangkan Kedaulatan Raja.
Bahagian Kedua –
Di bahagian ini didahului dengan tujuh Jata Negeri berwarna emas. Tujuh Jata Negeri ini melambangkan Negeri Terengganu yang mempunyai tujuh daerah di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Di bawah tujuh Jata Negeri ini diukir dengan ukiran pada sekeliling bentuk bulatan besar yang menggambarkan kemajuan dan pembangunan ugama, sosial, ekonomi serta sumber alam yang terdapat bagi Negeri Terengganu. Ukiran yang dimaksudkan meliputi perkara-perkara berkaitan dengan agama, pertanian, perikanan, perkayuan, kesihatan, pelajaran infrastruktur dan sumber alam seperti minyak, gas dan bijih.
Bahagian Ketiga –
Bahagian ini berbentuk bulatan buah Guntung yang diukir melambangkan sejarah. Ukiran ini meliputi sejarah Kesultanan, Kedatangan Islam yang digambarkan dengan Batu Bersurat, hubungan dagang dengan negara-negara luar seperti Eropah, hubungan pemerintahan dengan Negeri Siam.
Bahagian Keempat –
Bahagian ini merupakan batang Cokmar dan diukir dengan ukiran yang menggambarkan kebudayaan termasuk usaha tangan dan permainan rakyat. Ukiran-ukiran yang terdapat seperti alat-alat tembaga, corak songket, batik, bentuk perahu dan bangaunya, gasing dan wau.
Bahagian Kelima –
Bahagian ini diukir dengan menggambarkan keindahan alam semula jadi negeri ini dengan perkampungan Melayu seperti sawah padi, pokok-pokok kelapa, rumah nelayan, pantai, penyu dan kehidupan dalam air.
Bahagian Keenam –
bahagian ini meerupakan bahagian akhir dan di bahagian bawahnya sekali dibuat berbentuk Guri. Bentuk ini melambangkan berjimat-cermat.
CARA-CARA PENGGUNAAN COKMAR

Cokmar ditanggung oleh Bentara Dewan Undangan Negeri di bahu kanan dan mengepalai perarakan serta masuk ke majlis Dewan Undangan Negeri. Oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan, Raja Pemerintah berangkat ke Majlis Dewan Undangan Negeri, Cokmar diletakkan di tempat khas yang disediakan di dalam Dewan Undangan Negeri.
Semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan berangkat keluar dari majlis Dewan Undangan Negeri, Cokmar mendahului Duli Yang Maha Mulia Sultan seperti dilakukan pada ketika masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri.
Susunan perarakan masuk dan keluar dari Dewan Undangan Negeri semasa keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ialah didahului dengan Cokmar, Duli Yang Maha Mulia Sultan, Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar/Permaisuri, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertua Muda, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Muda, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan Undangan Negeri serta pengiring-pengiring Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan semua para hadirin di dalam Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengambil tempat masing-masing sebelum Cokmar diletakkan di tempat khas di dalam Dewan Undangan Negeri.
Semasa Persidangan Biasa:
Cokmar ditanggung oleh Bentara di bahu kanan dan mengepalai perarakan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri yang mengandungi Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan.
Cokmar diletakkan di sebelah atas tempat khas yang disediakan di atas meja Yang Dipertua Dewan. Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta semua para hadirin di dalam Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengambil tempat masing-masing sebelum Cokmar diletakkan di tempatnya.
Semasa mesyuarat Dewan Undangan Negeri menjadi Jawatankuasa, Bentara akan meletakkan Cokmar di bahagian hadapan meja Yang Dipertua yang mana kedudukannya lebih rendah daripada tempat semasa mesyuarat penuh. Apabila persidangan balik semula (persidangan penuh), Cokmar diletakkan semula di tempat khasnya di atas meja Yang Dipertua. Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga semua hadirin tidak boleh berucap/bercakap semasa Cokmar diangkat ke tempat atas, ke bawah dan sebaliknya.
Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri/para hadirin di dalam Dewan Undangan Negeri tidak boleh meninggalkan Dewan apabila Dewan ditangguhkan selagi Cokmar tidak ditanggung keluar oleh Bentara Dewan terlebih dahulu.
Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang diperintah mengundurkan diri dari Dewan Undangan Negeri oleh Yang Dipertua, menurut Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu, tetapi ingkar berbuat demikian, maka Yang Dipertua bolehlah memerintahkan Bentara meminta Ahli itu keluar. Jika Ahli yang berkenaan masih berdegil, Bentara bolehlah menggunakan Cokmar dengan ditanggung Cokmar di bahu kanannya dan menghampiri Ahli berkenaan dan memerintah Ahli itu keluar.
Semasa Bentara Dewan menanggung Cokmar di atas bahu kanannya masuk dan keluar dari Dewan Undangan Negeri, semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan para hadirin di dalam Dewan hendaklah berdiri.
Cokmar ini direkabentuk oleh Haji Ibrahim bin Ismail seorang pereka dan pengusaha tempatan dan disemak serta dipersetujui oleh satu Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.