Ditulis pada .

12 Ogos 2024, Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu menerima Kunjungan Hormat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat sempena Program Jelajah Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ke Negeri Semenanjung.

Ketibaan YDP Dato Speker Dewan Rakyat di sambut YB Dato' Haji Mohd Nor Bin Hamzah, Speaker DUN Terengganu YB Haji Khazan Bin Che Mat, Timbalan Speaker DUN Terengganu dan Tuan Haji Zuwislan Bin Awang, Setiausaha DUN Terengganu dan Pegawai Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Pertemuan ini saling bertukar pandangan berkenaan pemerkasaan jawatankuasa pilihan khas, peranan bahagian penyelidik dalam menyumbang kepada perbahasan dasar yang substantif dan telus.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

سيروا على بركة الله

#TMBS #TeguhPertahan

“TerengganuMajuBerkatSejahtera”

Usrah Bersama Yang Dipertua Dato Speaker

Ditulis pada .

13 Jun 2024 - Alhamdulillah pagi ini warga kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu Berusrah bersama Yang Dipertua Dato Speaker.

#TMBS#IndahHidupBersyariat

“TerengganuMajuBerkatSejahtera”

Majlis Solat Hajat

Ditulis pada .

05 Jun 2024 - Alhamdulillah seusai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Yang Berhomat semua mengadakan Solat Hajat buat mereka yang terpilih dan mendapat jemputan bagi menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini.

اللهم بلغنا مكة والمدينة والْعَرَفَةَ وَارْزُقْنَا الْحَج المبرور وَارْضَ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Ya Allah, sampaikanlah kami ke Kota Mekah dan Madinah serta Padang Arafah.

Anugerahilah kami haji yang mabrur, semoga Engkau redha kepada kami dan mengampuni dosa-dosa kami, rahmatilah kami, sesungguhnya engkau penolong kami, tolonglah kami dari kaum yang kafir.”

#TMBS#DUNTerengganu

“TerengganuMajuBerkatSejahtera”