Promosi Web
Terengganu @Webmail
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat Menteri Besar
Parlimen Malaysia
Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia
MAMPU
Jabatan Perkhidmatan Awam
Renungan



Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”


(Hadis Riwayat at-Tirmizi)


 


Bilangan pelawat
Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832Bilangan pelawat: 0000912832

Kategori:UMUM
 

MELAKA TENGAH: CUEPACS berharap kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan suruhanjaya khas bagi melaksanakan penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang kini diguna pakai semula bagi menggantikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dalam suruhanjaya berkenaan mengambil perhatian perkara masih belum diperjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

“Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh suruhanjaya penambahbaikan itu termasuk hal berkaitan isu gaji maksimum kakitangan yang lama berkhidmat.

 

“Ini kerana, selepas menerima kenaikan 13 peratus, gaji mereka akan menjadi maksimum semula,” katanya selepas menyampaikan taklimat kepada kakitangan perkhidmatan awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Program itu antara lain memperjelaskan secara terperinci mengenai pelarasan gaji dan Elaun Sara Hidup (COLA) seperti diumumkan Perdana Menteri di Putrajaya, kelmarin.

Najib yang juga Menteri Kewangan kelmarin mengumumkan pembatalan sistem SBPA dan mengembalikan semula SSM yang ditambah baik.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, selain pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

Mengulas lanjut, Omar berkata, CUEPACS akan memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada kakitangan yang tidak memilih opsyen saraan 60 tahun, supaya berpeluang menandatanganinya semula.

sumber: berita harian

Lampiran:Tiada rekod