Promosi Web
Terengganu @Webmail
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat Menteri Besar
Parlimen Malaysia
Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia
MAMPU
Jabatan Perkhidmatan Awam
Renungan









 


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari


Bilangan pelawat
Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628Bilangan pelawat: 0000912628

Kategori:PENDIDIKAN
 

KUALA TERENGANU 9 Mac - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu prihatin terhadap isu-isu disiplin dalam kalangan pelajar dengan bersama-sama membantu pihak sekolah menanganinya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, mereka tidak harus menyerahkan kepada pihak sekolah semata-mata bagi memikul tanggungjawab itu

Katanya, ia akan lebih memberi kesan jika langkah proaktif secara bersepadu oleh PIBG bersama ibu bapa pelajar diambil bagi memudahkan pihak sekolah menyelesaikan masalah-masalah berbangkit.

"Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak selepas pulang ke sekolah manakala guru pula memerhatikan tingkah laku pelajar di sekolah bagi mengesan kesalahan yang dilakukan oleh mereka di peringkat awal.

"Tiada guna jika hanya pihak sekolah sahaja yang berusaha untuk menyelesaikan masalah disiplin jika tidak mendapat sokongan ibu bapa yang merupakan individu yang paling dekat dengan mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan geran PIBG bernilai RM35,000 kepada 13 buah sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di Kolej Inforana dekat sini semalam.

Pada majlis tersebut sembilan buah sekolah rendah dalam DUN itu menerima geran bernilai RM3,000 manakala empat buah sekolah menengah menerima RM2,000.

Antara sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan Zainal Abidin, SMK Padang Kemunting, SMK Batu Rakit, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang, SK Pagar Besi, SK Batu Rakit, SK Maras, SK Padang Kemunting, SK Pecah Rotan, SK Darat, SK Bukit Wan dan SK Bukit Cempaka.

Dalam perkembangan lain, Khazan turut mengulas tentang keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri itu yang mencatatkan keputusan memberangsangkan termasuk melibatkan beberapa buah Sekolah Menengah Agama (SMA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama.

Jelasnya, ia membuktikan bahawa negeri ini bukan sahaja dapat melahirkan individu yang berjaya dalam bidang akademik, malah turut menyediakan pendidikan agama yang terbaik.

Lampiran:Tiada rekod