|
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih. |
|
LAMAN UTAMA > PIAGAM PELANGGAN
KAMI BERJANJI:
Akan memastikan Notis Persidangan Dewan Undangan negeri di sampaikan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri 30 hari sebelum hari persidangan DUN. Akan memastikan Penyata Rasmi Persidangan Dewan diedar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 7 hari sebelum persidangan berikutnya berlangsung. Akan memastikan agenda dan minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diserahkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh dua hari sebelum mesyuarat berikutnya. Akan memastikan cabutan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan KerajaanNegeri diedarkan kepada jabatan yang berkenaan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tarikh minit mesyuarat disahkan. Akan menyelesaikan bayaran kepada pembekal dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja selepas penerimaan tuntutan/ invois yang lengkap di Unit Kewangan DUN. |
Suhu Kini 28°C 





