Program Kacau Bubur Lambuk

Ditulis pada .

K. Terengganu, 15 MEI - Bagi merapatkan hubungan bersama warga Wisma Darul Iman (WDI), program mengacau bubur lambuk bersama Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diadakan di perkarangan WDI, di sini, hari ini.

Turut sama mengambil bahagian dalam program itu ialah kelab-kelab yang berdaftar di bawah WDI.
 
 
Program ini mewujudkan kerjasama antara pihak pentadbiran tertinggi dan kakitangan awam sekali gus akan menghasilkan hubungan dan kefahaman yang baik serta mengeratkan lagi hubungan di antara kelab-kelab (dan kakitangan) yang ada di Wisma Darul Iman.
Bubur lambuk ini akan dibahagikan kepada orang ramai dan juga kakitangan awam yang berkhidmat di wisma ini
 
 
Dalam program berkenaan, Menteri Besar turut meluangkan masa mengacau bubur itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
Sebanyak 22 periuk digunakan untuk menghasilkan juadah itu yang akan diagihkan kepada orang ramai bermula selepas Zuhur.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir sekitar jam 11.30 tengah hari.
 

Majlis Berbuka Puasa DUN

Ditulis pada .

K. Terengganu, 09 MEI - Majlis berbuka puasa bersama kakitangan serta keluarga Dewan Undangan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Dewan Undangan Negeri di Restoran Matahari.

Semoga dengan majlis ini dapat lagi mengeratkan silaturrahim antara semua kakitangan dan keluarga besar Pejabat Dewan Undangan Negeri. Insyallah dengan permulaan yang baik di bulan yang mulia ini Pejabat DUNT terus Unggul dimasa akan datang

   

 

Lawatan Kerja DUN Sarawak

Ditulis pada .

SARAWAK, 16 April - Rombongan ke Dewan Undangan Negeri (DUN ) Sarawak sehari selepas program jelajah bajet sangat bermanfaat. Selain dari pengalaman Speaker yang disandang oleh YB Datuk Amar Hj Mohamad Asfia bin Awang Nasar selama 19 tahun, DUN Sarawak juga paling lama ditubuhkan berbanding dengan negeri-negeri lain seluruh Malaysia. Sarawak yang keluasannya hampir sama dengan Semenanjung mempunyai 82 kerusi ADUN dan telah meluluskan bajet 2019 sebanyak RM11.91 billion.

Sarawak juga mempunyai keistimewaan dan kekuatan sendiri sebagai menghormati kemasukannya sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dibandingkan dengan negeri-negeri lain terutama bidang kuasa perundangannya.

Dengan mempunyai kompleks pejabat DUN terbesar dan tercantik (9 tingkat) seluruh Malaysia, ia mempunyai banyak jawatankuasa dewan untuk melicinkan pengurusan peranan badan legislatif. Dalam perbincangan di antara kedua belah pihak, banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama.

Pihak DUN Terengganu, ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Amar Speaker di atas sambutan dan kerjasama yang diberikan termasuk jamuan makan tengahari dan makan malam. Tidak lupa juga kepada isteri beliau Dato Hajah Fatimah bt Hj Mohd Iskandar Setiausaha DUN, Encik Semawi bin Mohamad dan seluruh pegawai-pegawai yang terlibat.