Karnival Main Gayong Pantai Timur 2019
KEMAMAN, 7 OKTOBER 2019 - Ulama' Dan Pendekar Berpisah Tiada menjadi tema Karnival Main Ga’yong Pantai Timur 2019 di Pantai Penunjuk Kijal yang berakhir dengan penuh gemilang.
Karnival selama tiga hari itu menghimpunkan sebanyak 95 badan perguruan persilatan dari seluruh Malaysia termasuk wakil dari Thailand.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali berkata, beliau akan mencadangkan supaya kerajaan negeri supaya mengangkat karnival tersebut dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu.
“Kita akan usahakan supaya karnival ini akan menjadi agenda tahunan dan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu,” ujarnya.
Yahaya yang juga Yang Dipertua Kesatuan Silat Terengganu (PESAKA) berkata demikian ketika merasmikan penutup Karnival Main Ga’yong Pantai Timur 2019 di sini kelmarin