Program Tazkirah Maulidur Rasul

Ditulis pada .

K. Terengganu, 07 NOVEMBER 2019 - Program bersama semua kakitangan Pejabat Dewan Undangan mendengar tazkirah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Osman di Bilik Mesyuarat Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Rasullullah SAW seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya.Sebagai muslim,kita hendaklah sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW antara salah satu cara membuktikan kecintaan kita kepada Nabi SAW.Riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah, ‘ Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali,Allah berselawat kepadanya sepuluh kali’.

Turut berkesempatan juga menyampaikan hadiah Pertandingan ‘Jom Sihat’ anjuran Kelab Kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu. Pertandingan yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada semua kakitangan pejabat DUN dan pada waktu yang sama memberikan motivasi untuk kakitangan berusaha bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

Ini merupakan suatu inisiatif yang terpuji yang dilakukan oleh pihak pengurusan kelab kakitangan dan sangat molek diteruskan pada masa akan datang.Kesihatan yang baik,akan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang

Lawatan Majlis Belia Negeri Terengganu Ke Dewan Undangan Negeri Terengganu

Ditulis pada .

K. Terengganu, 04 NOVEMBER 2019 - Sejak Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUNT) bergerak lebih inklusif mendekati masyarakat, banyak permohonan dan lawatan demi lawatan diterima.

Hari ini lebih kurang 30 orang pemimpin belia yang bernaung di bawah Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) datang melawat DUNT. Antaranya dari MAYC, 4B, GPMS, ABIM, Majlis Belia Daerah, Pengakap, Pandu Puteri, St John Ambulance, Puteri Islam dan lain-lain.

Selepas sesi taklimat, banyak isu-isu dibangkitkan termasuk soal peruntukan kewangan kepada NGO, wakil belia dalam institusi penting kerajaan selain dari soal pentadbiran dan reformasi dalam dalam badan legislatif.

NGO Belia punyai banyak tanggungjawab untuk membina kesedaran dan bimbingan supaya golongan muda mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan islamik. Mereka adalah penentu yang akan mencorakkan masa depan negara dan negeri kita.

Pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia berumur 18 tahun keatas samada hak mengundi dan menjadi calon pilihanraya seharusnya menuntut NGO belia merancakkan aktiviti mereka membina kesedaran politik (mengundi) dan saf pelapis kepimpinan yang akan datang.

Lawatan Mahasiswa ke Dewan Undangan Negeri Terengganu

Ditulis pada .

K. Terengganu, 29 OKTOBER 2019 - Dua lawatan dari Mahasiswa ke Dewan Undangan Negeri Terengganu. Yang pertama dari Persatuan Mahasiswa Permata dan kedua Persatuan Mahasiswa I-Gent.

 

Yang Berhormat Dato’ Haji Yahaya bin Ali berkesempatan meraikan kehadiran mereka dengan di bantu oleh Penolong Setiausaha Dewan dan Staff Dewan. Beliau mengharapkan dengan pertemuan ini dapat memberi pendedahan dan maklumat mengenai suasana persidangan dan pentadbiran badan legislatif yang merupakan salah satu cabang pentadbiran kerajaan negeri kepada mahasiswa yang hadir.