Program Kumuniti McDonald's Negeri Terengganu

Ditulis pada .

K. Terengganu, 25 NOVEMBER 2019 - Alhamdulillah, selepas selesai ucapan bajet oleh YAB DS Menteri Besar Terengganu semalam, YB Dato’ Speaker ( YB Dato’ Yahaya Bin Ali ) berkesempatan menghadiri bagi mewakili YAB DS Menteri Besar ke Program Kumuniti McDonald's Negeri Terengganu dan penyampaian sumbangan Zakat di Gong Badak, Kuala Nerus.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Azmir Jaafar yang merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia dalam membantu kerajaan negeri dalam aspek sosial bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat Terengganu.

YB Dato’ Speaker juga tertarik dengan tajaan penuh yang diberikan oleh pihak McDonald's Malaysia kepada belia-belia sepanjang mengikuti latihan penuh selama 18 bulan dan diberi pilihan untuk bekerja di McDonald's atau tempat lain selepas selesai latihan.

Pihak McDonald's juga telah membantu seramai 1,900 kanak-kanak dalam program "kembali ke Sekolah" yang melibatkan 65 sekolah serata Terengganu serta memberi kebajikan dan kesejahteraan rakyat berjumlah RM594,800.00.

Ribuan terima kasih bagi pihak Kerajaan Negeri dengan sumbangan zakat daripada McDonald's kepada Maidam berjumlah RM101,000.00. Turut hadir sama YB Dr. Alias bin Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar), YB Ust Mohd Nor bin Hamzah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan), YB Ust Haji Hishamuddin Abdul Karim (Adun Tepoh & Pengerusi BBC Terengganu)

Karnival Perkampungan Berkat

Ditulis pada .

K. Terengganu, 14 NOVEMBER 2019 - Perasmian Karnival Perkampungan Berkat anjuran Yayasan Islam Terengganu yang disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato' Yahya Bin Ali.

Dijemput semua bagi sama sama memeriahkan lagi program ini dan Insya Allah banyak pengisian yang menarik dan faedah yang dapat diambil.

Lawatan Kerja MAIDAM

Ditulis pada .

K. Terengganu, 11 NOVEMBER 2019 - Yang Berhormat Dato’ Haji Yahaya bin Ali bersama Yang Berhormat (BBC) Terengganu dan To’ Puan Hajah Zarani (NGO Khairunisa) serta NGO Muafakat Sejahtera ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).

 

Pertemuan ini bagi mengeratkan hubungan badan legislatif dengan MAIDAM. Sehubungan dengan lawatan ini, pihak Dewan Undangan Negeri mendapat info secara first hand dan banyak perkara yang mendapat penjelasan yang sangat baik tentang zakat,pembangunan tanah wakaf dan sebagainya.
Mungkin selepas ini sekiranya timbul isu dalam persidangan dewan dan juga menjadi perbualan orang ramai pada hari ini mendapat penjelasan dari Ustaz Razi dan Yang DiPertua MAIDAM sendiri Dato’Osman Bin Muda.

 

Pendekatan ini yang dibuat oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri dengan melawat ke jabatan-jabatan kerajan sebagai proses semak dan imbang antara urusan kerajaan dan Yang Berhormat sebagai wakil rakyat dan juga berurusan secara langsung dengan rakyat.

Turut hadir sama YB Ust Hisamuddin, YB Ust Khalil, YB Cikgu Wan Hapandi, YB Ridzuan Hashim, YB Hilmi Harun, YB Sulaiman, YB Zuraida.