Majlis Perasmian Penutup Kembara Melestarikan Itqan Al-Muluk Bilta'dil As-Suluk
K. Terengganu, 01 DISEMBER 2019 - Majlis Perasmian Penutup Kembara Melestarikan Itqan Al-Muluk Bilta'dil As-Suluk (KALIMAT) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).
Itqan Al-Muluk Bilta'dil As-Suluk merupakan satu satu sejarah perundangan yang telah di dokumentasikan sebagai undang-undang tubuh diri Kerajaan Negeri Terengganu yang digubal pada 2 November 1911 bersamaan dengan 11 Zulqa'edah 1329H semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III.
Negeri Terengganu antara negeri yang tertua dan terawal menerima kedatangan Islam di Tanah Melayu, ia terbukti dengan penemuan Batu Bersurat di tebing sungai Tersat Kuala Berang.
Hakikatnya, Itqan Al-Muluk telah mengankat ketinggian martabat agama Islam sebagai agama rasmi negeri kerana dalam perlembagaan dengan jelas dalam fasa ke 51:
"Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selamanya Kerajaan Negeri Terengganu ini, Kerajaan Islamiyah Melayuwiyah islah dikatakan agama negeri dan kerajaan, maka tidak boleh sesekali sebarang agama lain dijadikan atau disebut agama negeri dan jajahan Terengganu".
Bagi melaksanakan ini memerlukan komitmen semua pihak, termasuk orang politik (political will), pengamal undang-undang serta rakyat Negeri Terengganu untuk mempertahankan daripada ideologi-ideologi ciptaan barat yang telah menjajah akal fikiran kita dengan pelbagai cara. Justeru itu marilah kita melaksanakan dan mempertahankan agama Islam kita ini bersama-sama.
Turut hadir sama Yang Berhormat Ust Mohd Nor bin Hamzah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Indan, Dakwah dan Penerangan), YB Ust Ridzuan Hashim (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Indan, Dakwah dan Penerangan), Prof.Madya Dr. Shamrahayu binti A.Aziz (Pakar Perlembagaan).