Penekanan Agama Mampu Lahirkan Generasi Beriman


K. Terengganu, 24 DISEMBER 2019 - Menerima kunjungan hormat Khalil al- Hayya, pemimpin kanan Palestin (Hamas) dan rombongan adalah suatu penghormatan kepada kerajaan negeri.
Mereka menjadi tetamu kerajaan negeri selepas selesai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit).
Banyak berbincang tentang isu Palestin dan beliau banyak bertanya tentang kerajaan Terengganu supaya menjadi kerajaan Islam contoh.
Beliau sempat memberi ucapan khas kepada Persidangan ADUN Belia Terengganu. Semoga umat Islam seluruh dunia melihat isu Palestin yang tanah air dan rakyatnya dijajah, dibunuh dan ditindas adalah masalah bersama umat Islam yang perlu ditangani bersama.
Terima kasih dan penghargaan kepada Ketua Polis Negeri dan semua jabatan dan pihak yang terlibat menjayakan lawatan singkat tetamu ini.
K. Terengganu, 22 DISEMBER 2019 - Persidangan Adun Belia Terengganu telah dirasmi sebentar tadi, tahniah kepada YB Hishamuddin Abdul Karim yang telah diamanahkan menjadi Speaker Adun Belia 2019-2021 dan YB Sulaiman Sulong sebagai Timbalan Speaker Adun Belia Terengganu 2019-2021.
Tahniah kepada semua Adun Belia yang terpilih seramai 37 orang bagi mewakili kawasan masing-masing.
Semoga perjalanan persidangan Adun Belia ini berjalan dengan baik insyallah, serta membawa suara dan pandangan belia untuk memajukan Negeri Terengganu.