Bengkel Literasi ADUN

Ditulis pada .

K. Terengganu, 07 JULAI 2019 - Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Bengkel Literasi ADUN pada 7/7/2019 di Paya Bunga Hotel Terengganu.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi info dan pendedahan untuk menjadi seorang ADUN yang efektif dalam menjalankan amanah rakyat serta peranan sebagai badan perundangan serta teknik perbahasan yang cemerlang.

 

Terima kasih juga kepada semua ADUN dan ahli panel yang banyak membantu, sudi hadir untuk bengkel leterasi ini, terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang, Dato' Takiyuddin bin Haji Hassan, Dr Muhammad Fathi bin Yusof dan Tuan Haji Shafie bin Ngah.

Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Silat

Ditulis pada .

K. Terengganu, 10 JUN- Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Silat bagi pertandingan Silat ASG yang akan berlangsung di Air Keroh Melaka pada 11-14/6/2019.

 

Didoakan agar semua atlet silat Terengganu berjaya mewakili Malaysia di Jakarta nanti, insyallah.

Turut hadir sama Pengarah MSNT Tuan Hj Ibni Amin bin Busu serta Ajk Persatuan Silat Pesaka Terengganu

Program Kacau Bubur Lambuk

Ditulis pada .

K. Terengganu, 15 MEI - Bagi merapatkan hubungan bersama warga Wisma Darul Iman (WDI), program mengacau bubur lambuk bersama Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diadakan di perkarangan WDI, di sini, hari ini.

Turut sama mengambil bahagian dalam program itu ialah kelab-kelab yang berdaftar di bawah WDI.
 
 
Program ini mewujudkan kerjasama antara pihak pentadbiran tertinggi dan kakitangan awam sekali gus akan menghasilkan hubungan dan kefahaman yang baik serta mengeratkan lagi hubungan di antara kelab-kelab (dan kakitangan) yang ada di Wisma Darul Iman.
Bubur lambuk ini akan dibahagikan kepada orang ramai dan juga kakitangan awam yang berkhidmat di wisma ini
 
 
Dalam program berkenaan, Menteri Besar turut meluangkan masa mengacau bubur itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
Sebanyak 22 periuk digunakan untuk menghasilkan juadah itu yang akan diagihkan kepada orang ramai bermula selepas Zuhur.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir sekitar jam 11.30 tengah hari.