'Retreat' Pemantapan Organisasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu

Ditulis pada .

BESUT, 20 JANUARI 2022 - Retreat bersama staf Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memantapkan organisasi yang sedia ada agar dapat terus mengeluarkan idea-idea baharu dalam mencari kecemerlangan yang lebih cekap dimasa akan datang. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang bermula 20 hingga 22 Januari 2022 di Damai Beach Resort, Besut, Terengganu.

Pengisian 'team building' yang dilaksanakan oleh pihak konsultan bukan sekadar sebagai teori tetapi mesti diterjemahkan dalam isu-isu peka kepada masalah dan arahan, mencari penyelesaian dan yang paling penting bekerja dalam satu pasukan dalam rutin bekerja dalam organisasi.Selain dari memahami dengan baik dasar kerajaan dan visi DUN serta strategi bagi menjayakannya isu-isu yang berkait dengan kepimpinan dan pekerja sebagai sumber manusia mestilah dibangunkan sungguh-sungguh. Pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik dan menunjukkan ketrampilan diri serta mudah didekati sementara pekerja sebagai jentera kerajaan mestilah meningkatkan prestasi masing-masing.

 

Banyak persiapan dan gerak kerja yang perlu dilakukan terutama menjelang sidang dewan undangan negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga program retreat ini menjadi sebahagian dari strategi bagi mencapai visi menjadi DUN yang terunggul di Malaysia