Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU, 13 September 2021 - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 dipendekkan kepada kira-kira empat jam.

Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali berkata, langkah itu selaras untuk memastikan persidangan berkenaan berlangsung dengan selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walaupun Terengganu sudah di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun segala peraturan dan syarat yang dikenakan MKN dan Kementerian Kesihatan masih perlu dipatuhi oleh semua pihak termasuk pentadbiran DUN.

Bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19, kita memutuskan hanya Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN) dan petugas persidangan sahaja boleh hadir manakala ketua-ketua jabatan pula diminta mengikutinya secara dalam talian.