Lawatan Kerja MAIDAM

Ditulis pada .

K. Terengganu, 11 NOVEMBER 2019 - Yang Berhormat Dato’ Haji Yahaya bin Ali bersama Yang Berhormat (BBC) Terengganu dan To’ Puan Hajah Zarani (NGO Khairunisa) serta NGO Muafakat Sejahtera ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).

 

Pertemuan ini bagi mengeratkan hubungan badan legislatif dengan MAIDAM. Sehubungan dengan lawatan ini, pihak Dewan Undangan Negeri mendapat info secara first hand dan banyak perkara yang mendapat penjelasan yang sangat baik tentang zakat,pembangunan tanah wakaf dan sebagainya.
Mungkin selepas ini sekiranya timbul isu dalam persidangan dewan dan juga menjadi perbualan orang ramai pada hari ini mendapat penjelasan dari Ustaz Razi dan Yang DiPertua MAIDAM sendiri Dato’Osman Bin Muda.

 

Pendekatan ini yang dibuat oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri dengan melawat ke jabatan-jabatan kerajan sebagai proses semak dan imbang antara urusan kerajaan dan Yang Berhormat sebagai wakil rakyat dan juga berurusan secara langsung dengan rakyat.

Turut hadir sama YB Ust Hisamuddin, YB Ust Khalil, YB Cikgu Wan Hapandi, YB Ridzuan Hashim, YB Hilmi Harun, YB Sulaiman, YB Zuraida.