Kolokium Bersama YB YDP DUN Pantai Timur

Ditulis pada .

K. Terengganu, 17 SEPTEMBER 2019 - Persidangan atau lebih tepat Kolokium Speaker-Speaker Pantai Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) yang bermula dari pagi 17/9/2019 di Primula Beach Hotel dan selesai dalam pukul 2.30 petang dengan jamuan makan tengahari di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Di ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Hj Ishak Mohamad, Speaker DUN Pahang & Datin Seri dan Dato’ Hj Abdullah Yaakob, Speaker DUN Kelantan dan rombongan masing-masing yang terdiri dari YB Timbalan Speaker, YB Pengerusi & Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Setiausaha DUN dan pegawai-pegawai DUN.

Program ini menunjukkan kesungguhan semua pihak bagi memperkasakan badan legislatif sebagai merealisasikan muafakat ummah baru-baru ini (HPU914). Badan legislatif hendaklah dilihat sebagai rakan kongsi badan eksekutif untuk membina kerajaan yang sihat dan kuat.

Pada dasarnya semua pihak bersetuju untuk jangka panjang kepentingan perkara-perkara asas seperti pengurusan dan perjalanan sidang dewan, peraturan tetap dewan, keperluan pegawai yang mencukupi dan bajet yang khusus kepada DUN terutama untuk memperkasakan ADUN perlu diselaraskan.
Di ucapkan ribuan terima kepada YB Ustaz Hj Saiful Bahri Mamat, Exco Kerajaan Negeri yang mewakili YAB Dato’ Seri Besar merasmikan majlis penutup program.