Lawatan Kerja DUN Sarawak

Ditulis pada .

SARAWAK, 16 April - Rombongan ke Dewan Undangan Negeri (DUN ) Sarawak sehari selepas program jelajah bajet sangat bermanfaat. Selain dari pengalaman Speaker yang disandang oleh YB Datuk Amar Hj Mohamad Asfia bin Awang Nasar selama 19 tahun, DUN Sarawak juga paling lama ditubuhkan berbanding dengan negeri-negeri lain seluruh Malaysia. Sarawak yang keluasannya hampir sama dengan Semenanjung mempunyai 82 kerusi ADUN dan telah meluluskan bajet 2019 sebanyak RM11.91 billion.

Sarawak juga mempunyai keistimewaan dan kekuatan sendiri sebagai menghormati kemasukannya sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dibandingkan dengan negeri-negeri lain terutama bidang kuasa perundangannya.

Dengan mempunyai kompleks pejabat DUN terbesar dan tercantik (9 tingkat) seluruh Malaysia, ia mempunyai banyak jawatankuasa dewan untuk melicinkan pengurusan peranan badan legislatif. Dalam perbincangan di antara kedua belah pihak, banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama.

Pihak DUN Terengganu, ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Amar Speaker di atas sambutan dan kerjasama yang diberikan termasuk jamuan makan tengahari dan makan malam. Tidak lupa juga kepada isteri beliau Dato Hajah Fatimah bt Hj Mohd Iskandar Setiausaha DUN, Encik Semawi bin Mohamad dan seluruh pegawai-pegawai yang terlibat.