Program Retreat DITC

Ditulis pada .

KEMAMAN, 21 FEBRUARI - Pejabat Dewan Undangan Negeri telah mengadakan Program Pemantapan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan Undangan Negeri pada 21 Februari hingga 23 Februari bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC).

Yang Dipertua Dewan ingin merakamkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Setiausaha DUN, Ahli-ahli Panel dan semua pegawai dan kakitangan yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan Program Pemantapan DUN Terengganu yang berakhir tadi.

   

Dengan adanya program seperti ini banyak maklumat dan informasi yang dapat dikongsikan dan dibincangkan bagi memantapkan lagi pengurusan Pejabat Dewan. Para kakitangan telah dipecahkan kepada empat kumpulan bagi melontarkan pandangan dan idea untuk menambahbaik pengurusan yang sedia ada.  

 
 
 
 
 
 

Lawatan Kerja UPMN

Ditulis pada .

 
KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Kerajaan Terengganu akan menaik taraf sistem pengurusan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 4 April ini menggunakan sistem digital.
 
Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali berkata, penambahbaikan menggunakan teknologi baharu bagi tujuan meningkatkan kecekapan sepanjang persidangan itu akan melibatkan soalan dewan yang dihantar melalui portal khas, seterusnya kepada pengurusan soalan serta jawapan persidangan.
 
 
 
“Setiap Ahli Dewan juga akan dibekalkan dengan komputer sepanjang persidangan supaya mereka lebih mahir dari segi pengurusan dewan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke Pejabat Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.
 
 
Beliau menegaskan pemerkasaan sistem penyiaran sidang DUN itu bertujuan memastikan pengurusan dewan tersusun dan lebih terkehadapan.
 
“Lawatan ini adalah proses melengkapkan pakej persiapan persidangan yang akan berlangsung nanti.
 
“Lawatan ini juga akan dilakukan ke jabatan-jabatan yang berkait dengan Dewan Negeri di mana kita mengharapkan wujudnya satu kerjasama supaya kita boleh bergerak ke arah tuju yang sama,” katanya.
 
Dalam lawatan tersebut, Yahaya juga sempat meninjau infrastruktur teknologi maklumat dan menyifatkan bahagian tersebut memiliki kemudahan asas yang baik.
 
“Cuma, sistem yang menjadi pakej ini mesti melalui percubaan dan terbukti berfungsi dengan baik untuk digunakan. Kita juga merancang menaik taraf beberapa infrastruktur untuk meingkatkan perkhidmatan,” katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lawatan Kerja DUN Sabah

Ditulis pada .

 

 
SABAH, 13 Disember - Lawatan kerja ke DUN Sabah dengan program terakhir makan malam yang dihoskan oleh Speaker Sabah, YB Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali malam tadi. Menurut Speaker, ADUN yang dilantik telah lama dipraktikkan di Sabah sebab perlembagaan negeri mereka membenarkan perlantikan 6 org lagi ADUN dalam proses membentuk kerajaan.
Sempat juga menyaksikan perlawanan persahabatan lawan bowls antara pasukan Terengganu (bertindak sebagai bapa angkat lawan bowls SUKMA) dengan pasukan Sabah.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Speaker, Setiausaha DUN Sabah, Datuk Bernard Balinting serta pegawai-pegawai pejabat DUN Sabah yang memberikan kerjasama yang sangat baik meraikan rombongan ini. Setiausaha DUN Terengganu, En Zulkifli Isa turut sama dalam rombongan ini beserta 2 orang pegawai dari pejabat DUN Terengganu.